Isnin, 29 Disember 2008

Update!

Salam semua...

Aida dah updatekan tempat tagboard. Sesiapa nak komen, komen di situ. :) Tapi kalau nak mendaftar sila daftar di bahagian komen. Emel Sweet Girl Club dah bertukar: sweetgirl.club25@yahoo.com

Aida tengok, dah 12 orang mendaftar. Ade 13 lagi tempat kosong. Banyak lagi tu. Dalam fikiran Aida, dah ade aktiviti yang Aida ingat nak buat. Tapi ahli2nya belum cukup 25 orang. Jadi, kalau nak cepat2 buat aktiviti, Aida mohon... sangat supaya korang semua promote lah kelab ni biar ramai orang. Ok? Kalau dah cukup 25 orang: boleh buat aktiviti, bahagikan ahli2 kepada 5 kumpulan. Pilih Assistant Leader, Secretary, AJK, Ketua Kumpulan, Assistant Ketua Kumpulan.... Jadi, promote ye kelab ni!

Khamis, 18 Disember 2008

Sweet Girl Club

First sekali, saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Nurul Aida Syahira bt Muhd Azmi. Umur.. 14 tahun.

Tahu tak kenapa dipanggil Sweet Girl Club? Kakak saya selalu cakap:

"Di sekolah kakak, murid perempuan dipanggil 'sweet' sebab mereka manis. Manis yang dimaksudkan ialah, mereka selalu tersenyum manis. Manis dipandang, manis dilihat. Dan manis budi bahasa. Cuba Aida fikir, antara buah limau yang masam dan buah limau yang manis, mana yang orang suke? Tentu mereka suke yang manis, kan. Sebab itulah, perempuan perlu 'sweet' sentiasa. Faham?"

Apabila saya memikirkan kata2 kakak saya itu, saya mula terfikir mahu menubuhkan satu kelab iaitu Sweet Girl Club!

Sesiapa yang mahu mendaftar kelab ini perlu mengisikan butiran-butiran berikut:

Nama:_____________________________
Umur:_____________________________
Tarikh Lahir:_____________________________
Blog (jika ada):_____________________________
Emel (jika ada):_____________________________

Objektif Kelab:
+mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan+
+menambah kenalan+
+memupuk semangat bekerjasama+
+meluahkan perasaan+

The Rules
+berumur 9-16 tahun+
+hanya perempuan yang dibenarkan masuk+
+mesti cukup 25 orang ahli, baru boleh buat aktiviti+

Rasenye itu je lah. Oh, ye! Aida akan pilih Assistant Leader, Secretary, AJK.. And Aida juga akan membahagikan 25 members menjadi 5 group. Jadi, kalau cepat2 nak buat aktiviti, ajaklah kawan2 mendaftar bersama!

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hantar emel kepada sweetgirl.clubs@yahoo.com
Mendaftar di bahagian komen!