Isnin, 12 Januari 2009

Penjelasan+Aktiviti..

Helo semua...

Penjelasan ini khas utk Adlina: Pertama sekali, nama akak bukan Aida Liyana. Nama akak Nur Aida Syahirah. Harap maaf kalau Adlina bingung. Kedua, 'sweetie' tu bukan ahli biasa. Setiap ahli ada jawatan masing2. Maaf kalau Aida terlupa nak beritahu apa maksud 'sweetie'tu. Sweetie means: Ahli2 yg lebih muda dan kecil. Sweetie juga bermaksud ceria dan periang. Dia menghiburkan kita. Jadi, jangan salah faham sweetie tu cuma ahli biasa.

Yg lain, ada yg jadi secretary. Sebab diorang tu umur di antar 12-13 tahun. Takkan nak jadi sweetie juga. Hehehe... :)

Jeng, jeng, jeng! Aktiviti pertama akan bermula. Hehehe..

Aktivitinya ialah: Setiap kumpulan mestilah fikirkan nama kumpulan masing2 yg sesuai. Sebab tu Aida bukan saje2 je kasi nama Group A, B, C... Kena buat nama sendiri. Kedua, buat logo kumpulan masing2 mengikut kreativiti anda. Tak kisah lah nak pakai Microsoft Word ke, Photobucket ke...

Beberapa website untuk buat logo:
Photobucket.
Picnik.
Image Chef.
Blingee.

Kalau ada website yg lain pun boleh juga, ye. Oh, ye. Setiap logo mesti ada nama kumpulan masing2. Aida beri masa selama 2 minggu. 12 Jan-25 Jan.

Aida.

Jumaat, 9 Januari 2009

Pembahagian Kumpulan.

Helo, semua! Aida lihat sejak beberapa hari ni, ahli masih belum cukup 25 orang. Jadi Aida fikir, mesti semua dah tak sabar2 nak buat aktiviti. Dan Aida dah buat keputusan, Aida nak buat pembahagian kumpulan sekarang. Ahli2nya ada 15. Jadi Aida boleh buat 5 kumpulan. Setiap kumpulan ada 3 ahli. Sebenarnya, ada positifnya ahli2nya sikit:-

1-Boleh berkenalan lebih rapat.
2-Senang bekerjasama dan berbincang.

Pada Aida, Aida akan pilih sendiri ahli2 member masuk kumpulan mana. Kita pun bukannya kenal rapat kan?

Pembahagian Kumpulan
Group A
1.Amalina (The Leader)
2.Adhwa (Assistant)
3.Aida Liyana (Their sweetie)
Group B
1.Nur Anis Aisyah (The Leader)
2.Puteri Umaida (Assistant)
3.Adlina Hanisah (Their sweetie)
Group C
1.Norain Ismail (The Leader)
2.Nurfara Alia (Assistant)
3.Aiman Afifa (Their sweetie)
Group D
1.Nur Amira Sharmine (The Leader)
2.Nur Hazirah (Assistant)
3.Aisyah (Setiausaha)
Group E
1.Nadhirah (The Leader)
2.Amanina (Assistant)
3.Farisah Adriana (Setiausaha)
Bagi Assistant Leader Aida pula, Aida pilih Norain Ismail. :) Jangan risau, dalam aktiviti nanti, kalau kumpulan Norain, Aida akan komen sendiri pasal kumpulan dia. Aida takkan beri dia komen. Aida juga takkan pilih kasih. Promise forever! :) Bagi AJK, semua ketua kumpulan masing2 jadi AJK.
Sekarang, Aida beri masa sedikit utk sesi taaruf (perkenalan). Semua kenal2 dululah, ye. :)
Sekian terima kasih.

Isnin, 29 Disember 2008

Update!

Salam semua...

Aida dah updatekan tempat tagboard. Sesiapa nak komen, komen di situ. :) Tapi kalau nak mendaftar sila daftar di bahagian komen. Emel Sweet Girl Club dah bertukar: sweetgirl.club25@yahoo.com

Aida tengok, dah 12 orang mendaftar. Ade 13 lagi tempat kosong. Banyak lagi tu. Dalam fikiran Aida, dah ade aktiviti yang Aida ingat nak buat. Tapi ahli2nya belum cukup 25 orang. Jadi, kalau nak cepat2 buat aktiviti, Aida mohon... sangat supaya korang semua promote lah kelab ni biar ramai orang. Ok? Kalau dah cukup 25 orang: boleh buat aktiviti, bahagikan ahli2 kepada 5 kumpulan. Pilih Assistant Leader, Secretary, AJK, Ketua Kumpulan, Assistant Ketua Kumpulan.... Jadi, promote ye kelab ni!

Khamis, 18 Disember 2008

Sweet Girl Club

First sekali, saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Nurul Aida Syahira bt Muhd Azmi. Umur.. 14 tahun.

Tahu tak kenapa dipanggil Sweet Girl Club? Kakak saya selalu cakap:

"Di sekolah kakak, murid perempuan dipanggil 'sweet' sebab mereka manis. Manis yang dimaksudkan ialah, mereka selalu tersenyum manis. Manis dipandang, manis dilihat. Dan manis budi bahasa. Cuba Aida fikir, antara buah limau yang masam dan buah limau yang manis, mana yang orang suke? Tentu mereka suke yang manis, kan. Sebab itulah, perempuan perlu 'sweet' sentiasa. Faham?"

Apabila saya memikirkan kata2 kakak saya itu, saya mula terfikir mahu menubuhkan satu kelab iaitu Sweet Girl Club!

Sesiapa yang mahu mendaftar kelab ini perlu mengisikan butiran-butiran berikut:

Nama:_____________________________
Umur:_____________________________
Tarikh Lahir:_____________________________
Blog (jika ada):_____________________________
Emel (jika ada):_____________________________

Objektif Kelab:
+mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan+
+menambah kenalan+
+memupuk semangat bekerjasama+
+meluahkan perasaan+

The Rules
+berumur 9-16 tahun+
+hanya perempuan yang dibenarkan masuk+
+mesti cukup 25 orang ahli, baru boleh buat aktiviti+

Rasenye itu je lah. Oh, ye! Aida akan pilih Assistant Leader, Secretary, AJK.. And Aida juga akan membahagikan 25 members menjadi 5 group. Jadi, kalau cepat2 nak buat aktiviti, ajaklah kawan2 mendaftar bersama!

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hantar emel kepada sweetgirl.clubs@yahoo.com
Mendaftar di bahagian komen!